Mengelakkan pautan reput Wikipedia:Pautan_reput

Mengarkib secara manual

Cadangan cara untuk menambah baik pengarkiban secara manual:

  • Elakkan URL kosong. Gunakan templat petikan seperti {{petik web}} untuk petikan dan {{webarchive}} untuk bahagian pautan luar.
  • Gunakan perkhidmatan pengarkiban web seperti Internet Archive atau Archive.today. Senarai lengkapnya boleh didapati di sini. Di dalam templat petikan, letakkan URL arkib di |archive-url= dan tambahkan tarikh arkib di |archive-date=. Jika pautan itu masih lagi tersedia, masukkan |url-status=live atau |url-status=dead jika ia telah mati.
  • Untuk menambah lebih daripada satu URL arkib, sebagai jaminan tambahan terhadap gangguan pembekal, templat {{webarchive}} menerima sehingga 10 URL pembekal arkib. Pilihan |format=addlarchives menghasilkan output yang bersesuaian untuk mengekori templat CS1|2. Contoh {{petik web|archive-url=..}}{{webarchive|format=addlarchive|url1=..|url2=..|url3..}} akan memaparkan 4 URL arkib (satu daripada petik web dan tiga lagi daripada webarchive).
  • Jika pautan itu masih lagi hidup dan belum diarkibkan, lawati tapak web perkhidmatan pengarkiban pilihan anda dan membuat permintaan supaya laman itu boleh diarkibkan.